Tuesday, July 23, 2013

Nutrisi Dewasa Lelaki dan Perempuan

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Carian Google

Menjadi dewasa merupakan tempoh terpanjang dalam kehidupan seorang manusia. Di sinilah juga tempoh individu mengamalkan sistem pemakanan yang telah dibina dari bayi hingga peringkat remaja. Seharusnya tempoh masa terpanjang inilah individu menjaga pemakanan masing-masing untuk kesihatan hari tua kelak. Ironinya, di hujung tempoh dewasa menghampiri usia warga emas, ramai antara kita mendapat penyakit disebabkan pemakanan seperti diabetis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Keperluan nutrisi seorang individu dengan individu yang lain tidak sama. Walau pun berada dalam kelompok keluarga yang sama, keperluan kita dengan orang yang makan semeja di hadapan kita, pasti tidak sama. Ini kerana keperluan nutrisi berbeza mengikut umur, berat badan, ketinggian, metabolisma badan dan juga aktiviti harian. Wajarnya, jumlah nasi yang dipinggan anda juga perlu tidak sama dengan teman semeja anda. Jangan pula rakan anda yang bekerja sebagai juruukur bahan di lapangan menambah dua pinggan, anda sebagai suri rumah makan lebih dari itu!. Apa yang perlu anda tahu supaya anda dapat menganggar keperluan nutrisi anda?.

Sebagaimana kebiasaannya, biarpun sudah dewasa, kita masih lagi perlu semua unsur makro dan mikro nutrient. Perkara utama yang perlu diambil perhatian adalah pengiraan keperluan kalori badan sendiri. Ramai yang tidak mengambil perhatian kepada perkara ini, sedangkan di sinilah kata kuncinya untuk mendapatkan berat badan ideal, atau yang dikatakan orang BMI ideal.

Kepentingan Nutrisi

Mengapa kita memerlukan nutrisi?. Nutrisi dikalangan orang dewasa diperlukan untuk:-

· Pertumbuhan badan dan sistem tubuh

· Metabolisma badan dan juga penghasilan tenaga

· Mengelakkan penyakit terutamanya daripada mikronutrien

· Mencukupkan keperluan kalsium bagi mengelakkan osteoporosis di hari tua. Pembentukan tulang hanyalah sehingga berumur 30 tahun. Selepas dari umur 30 tahun anda sudah terlambat kerana kalsium tidak dapat disimpan lagi dan apabila berlakunya osteoporosis ia adalah proses yang tidak dapat diperbetulkan lagi.

Kaitan BMI dan nutrisi

BMI, tidak perlu diwar-warkan lagi. Umum mengetahui atau pernah mendengar berkenaan BMI. Namun, mungkin ada yang tidak tahu, BMI adalah Body Mass Index atau Indeks Jisim Badan. BMI ini merupakan pengiraan yang menghubungkan berat badan dan ketinggian anda. Berikut adalah carta BMI yang menunjukkan BMI normal atau pun anda dikalangan orang yang mengalami obesiti.

BMI
Klasifikasi
<18.5
berat badan di bawah normal
18.5–24.9
normal
25.0–29.9
normal tinggi
30.0–34.9
Obesiti tingkat 1
35.0–39.9
Obesiti tingkat 2
≥ 40.0
Obesiti tingkat 3

Bagaimana cara pengiraannya. Seperti biasa yang paling mudah adalah menggunakan tools yang disediakan di internet tadi atau pun secara manual menggunakan formula ini:-

BMI = Berat (kg)/ tinggi*tinggi (cm)

Jadi anda berada di mana?


Bagi yang berada di kumpulan obesiti, anda harus mengawal pemakanan dan nutrisi anda supaya anda tidak terjebak dengan pelbagai penyakit berkaitan obesiti seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Bagi yang berada di kumpulan BMI normal, tahniah!. Anda juga perlu memantau pemakanan serta nutrisi supaya sentiasa nutrisi yang sihat kerana BMI normal juga mempunyai risiko mendapat serangan kardiovaskular sekiranya nutrisinya banyak dari sumber lemak.

Keperluan Kalori Harian.

Selain daripada BMI ada lagi satu perkara yang sangat membantu kesihatan berpanjangan, iaitu keperluan kalori harian. Keperluan kalori yang diperlukan oleh badan anda boleh dikira. Cara yang paling mudah adalah menggunakan tools percuma yang disediakan di laman sesawang berkaitan kesihatan seperti

http://www.freedieting.com/tools/calorie_calculator.htm

Atau pun ini

http://www.active.com/fitness/calculators/calories?force_a2=y

Sebagai ibu, keprihatinan anda mengetahui keperluan kalori setiap ahli di dalam keluarga anda merupakan satu bonus kerana mudah untuk anda memantau berapa banyak yang anda perlu masak untuk keluarga anda. Ini kerana, berdasarkan keperluan kalori badan ini, anda dapat memecahkan ia kepada keperluan sumber karbohidrat yang menjadi menjadi makanan ruji iaitu nasi. Rasanya ia sesuatu yang rutin sebelum menanak nasi anda akan berkira-kira berapa cawan atau pot beras yang anda perlu masak bukan?. Nah, bukankah ia bonus bila anda mengetahui keperluan karbohidrat yang menyumbang kepada nilai kalori ini?. Sebagai contoh, bagi saya sendiri, saya hanya perlu makan sesenduk nasi, iaitu lebih kurang 75g sekali makan, supaya di akhir hari, saya dapat mencukupkan keperluan kalori saya iaitu sebanyak 1200kkal. Sesenduk nasi lebih kurang suku cawan kecil beras sahaja. Jadi, buatlah kiraan berdasarkan fakta tadi. Ia juga dapat membantu anda mengurangkan pembaziran beras atau nasi.Menarik bukan?.

Anda rasa sangat remeh untuk melakukan pengiraan setiap hari?. Bagi yang mempunyai telefon pintar, bonus untuk anda kerana terdapat aplikasi yang dapat membantu anda seperti MyFitnessPal. Saya menggalakkan anda menggunakannya. Terutamanya yang ingin mengurangkan berat badan atau menambah berat badan. Anda boleh memantau pengambilan kalori harian anda dengan aplikasi ini. Lama-kelamaan anda akan biasa dengan nilai kalori makanan dan anda tidak perlukan lagi sebarang aplikasi.


Bukan senang nak senang, bukan payah nak sihat. Lebih susah apabila sakit. Sesungguhnya jagalah lima perkara sebelum lima perkara!.

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts