Saturday, July 20, 2013

Sukatan untuk Makanan Pelengkap bayi dan Kanak-kanak

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Carian google


Si Manja lazimnya mula diberi makanan apabila mencecah umur enam bulan. Pengalaman saya semasa mula memberikan anak makan, saya tertanya-tanya, sebanyak manakah seorang anak kecil makan?. Semasa berumur enam bulan, boleh digagahkan lagi. Apabila anak sudah pandai merangkak dan berjalan, saya mula garu kepala. Dengan keadaan anak yang lasak bermain, tidak fokus dan tidak tetap pada satu tempat, bagaimana cara yang sesuai untuk tahu, anak ini mahu makan lagi atau perlu berhenti makan. Kadangkala rasa lenguh tangan, dan bosan menunggu membuatkan saya hilang sabar. Mujur, sebenarnya pihak Kementerian Kesihatan telah pun memberikan panduan untuk ibu-ibu gunakan semasa memberikan anak kecil anda makan.

Kumpulan
makanan
Kumpulan umur
6-8 bulan
9-11 bulan
1-3 tahun
Bijirin, Sumber
bijirin dan
ubian
1½ cawan bubur pekat
2 cawan bubur
pekat
2 cawan nasi
Sayur-sayuran
¼ cawan
sayur masak
½ cawan
sayur masak
1 cawan
sayur masak
Buah-buahan
¼ betik atau ½
pisang bersaiz
kecil (1 pisang
mas: 33 g)
1 betik atau
2 pisang bersaiz
kecil (1 pisang
mas: 33 g)
1 betik atau 2
pisang bersaiz
kecil (1 pisang
mas: 33 g)
Daging, haiwan
ternakan, ikan
dan kekacang
2 sudu teh
sebarang jenis
daging atau isi
Ikan ( ¼ ikan
saiz sederhana)
2 sudu teh
sebarang jenis
daging atau 2 sudu
teh isi ikan atau ½ biji telur
½ ekor ikan
kembung saiz
sedang atau 1 biji
telur
Susu
Susu ibu
mengikut
kehendak bayi
Susu ibu mengikut
kehendak bayi
Susu ibu mengikut
kehendak bayi /
3 gelas susu
Lemak, minyak
1 sudu teh minyak
1 ½ sudu teh
minyak
1 sudu teh
minyak





















Jadual di atas merupakan panduan sukatan makanan harian yang ibu-ibu boleh gunakan untuk memberikan si manja kesayangan anda makan. Secara umumnya, jika ibu-ibu dapat mengira keperluan kalori anak anda, lebih bagus. Keperluan kalori bagi anak kecil adalah sekitar 900-1500 kkal atau pun 40kal untuk setiap berat badan anak dalam pound. Saranan saya, di zaman smartphone ini, ibu-ibu boleh saya gunakan application seperti MyFittness Pal untuk mencatat nilai kalori makanan. Ini baru smartmommy with smartphone.

Daripada jumlah kalori ataupun sukatan makanan yang dijadualkan untuk anak-anak, ibu bolehlah merancang jumlah sukatan makanan yang harus diberikan kepada si manja. Sebagai contoh, boleh juga menggunakan carta kekerapan dan sukatan makanan untuk bayi dan kanak-kanak yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan ini.

Umur
Sukatan Makanan Setiap Hidangan
Kekerapan Makan Sehari
Kekerapan snek
6—8 bulan
½ cawan bubur nasi
2 – 3 kali
1 – 2 kali
9 –11 bulan
½ cawan bubur nasi pekat
3 – 4 kali
1 – 2 kali
1 – 3 tahun
½ cawan nasi atau 1 keping roti
4 – 5 kali
1 – 2 kali

Sukatan makanan ini kadangkala mengelirukan kerana apabila menyukat menggunakan cawan, ada cawan besar, ada cawan yang kecil bukan. Asasnya adalah,
·         satu cawan bersamaan 200ml. Anggaran cawan teh yang standard.
·         Satu sudu makan bersamaan 2 sudu teh, atau 10ml
·         ½ cawan nasi adalah sama dengan satu senduk penuh nasi
·         1 cawan bubur adalah dua senduk penuh bubur.

Penyediaan makanan untuk anak kecil sememangya perkara yang seni. Ia selalunya lahir dari hati seorang ibu dengan penuh kasih sayang. Selalunya, hanya makanan dari sumber terbaik yang diberikan kepada si manja. Sayur dan sumber protein yang diberikan perlulah segar dan disimpan dalam keadaan yang elok. Bagi ibu-ibu yang gemar menyimpan makanan siap dimasak secara sejuk beku, pastikan suhu yang digunakan benar-benar sesuai. Makanan perlu disejukkan terlebih dahulu sebelum masuk ke peti sejuk beku. Jangan pula terbiar terlalu lama kerana akan merangsang pembiakan bakteria. Prinsip penyediaan makanan ini akan saya bincangkan lebih lanjut dalam bab akan datang.

Pemberian makanan kepada anak kecil, walau pun dalam sukatan yang sedikit ini, memerlukan masa dan kesabaran. Sentiasa gunakan cara yang responsif untuk memberikan si manja anda makan. Jika anak menolak, pujuk dengan cara yang mesra, berikan situasi yang kondusif kepada anak dan galakkan anak makan. Bukan dengan cara paksaan. Kanak-kanak yang sudah boleh menggunakan sudu pula, boleh dilatih dengan pantauan. Berikan galakan untuk anak anda menyuap makanan sendiri.

Bagi saya, saya sememangya gemar menyuap anak makan. Tetapi saya sedari satu perkara, terlalu kerap  menyuapkan anak, menyebabkan dia tidak pandai mengkordinasikan tangannya untuk menyuap. Jadi, saya selang-selikan menyuap makanan pada waktu tengahari dan makan sendiri pada waktu malam.
Lagi pun, sememangnya pada masa inilah kita mengajar anak tentang tertib makan bukan?.

Yang penting, kita harus seronok melakukannya bersama ahli keluarga anda.

Sumber: Kementerian Kesihatan.

6 comments:

  1. Tq sis atas info ni..baby sy br 6 ari mkn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih berkunjung dalila

      Delete
  2. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips tambah selera anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kembali. Semoga bermanfaat

      Delete
  3. Tq admin atas info..sgt membantu saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.
      Terima kasih sudi berkunjung ke sini. :)

      Delete

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts