KELAS ONLINE ABDR

Teks: Nurzahwani Mohd Nor.
Foto: Akademi Bekerja Di rumah.

Sebelum baca lanjut, cuba anda jawab soalan survey ini.

1) Anda telah mempunyai blog? Jika Tidak, terus ke soalan 2. Jika Ya, terus ke soalan 3 dan seterusnya.
2) Jika Tidak. Anda dicadangkan membuat satu blog untuk menceritakan sekolah kehidupan anda supaya memberi manfaat kepada orang ramai. Soalan tamat. Teruskan membaca isi kandungan entri ini.

3) Jika Ya, berapa kali seminggu anda update blog anda?
4) Adakah anda sering membuat entri menyatakan blog anda bersawang?
5) Anda minat untuk menjana pendapatan sampingan dari blog anda?
JIKA YA UNTUK JAWAPAN 3, 4, DAN 5, ANDA SEHARUSNYA MEMBACA ENTRI INI SELANJUTNYA!.

Tahniah kerana anda meneruskan pembacaan sehingga ke saat ini. Apa yang ingi saya kongsikan adalah berkenaan aktiviti Akademi Bekerja Dari Rumah yang sedang menjadi fenomena. Kumpulan ini semakin membesar sejak ia ditubuhkan sekitar Mac 2013. Saya mula menyertai Akademi ini pada April 2013 dengan menyertai kelas Teknik Blog hasilkan e-book. Jumlah ahli akademi pada masa itu kurang dari 30 orang. Namun, tiba-tiba ia MELETUP apabila menerima penyertaan demi penyertaan dalam masa TIDAK SAMPAI DUA BULAN, jumlahnya ahli bertambah secara MENDADAK kepada LEBIH SERATUS orang. Kini ia semakin membesar dan membesar. Penyertaan bukan sahaja terhad pada suri rumah sahaja, kini menjangkau kepada penulis novel berpengalaman, pengetua pusat didikan kanak-kanak dan pelbagai lagi.
WOW!!!

Apa yang menariknya berkenaan akademi ini?

Akademi ini menawarkan kelas asas blog sebagai 'benchmark' untuk meneruskan ke peringkat seterusnya. Ia umpama training center sebelum anda berjuang ke dunia alam maya yang serba mencabar dan mencari ruang untuk mencipta jenama dan menjana pendapatan.

Kelas di Akademi Bekerja Di Rumah memberikan anda pilihan Pakej Kelas Online yang anda boleh pilih. Ia di reka mengikut fokus, minat dan juga kemampuan anda. Berikut adalah pakej-pakej yang disediakan.


KELAS ASAS BLOG BISNES/PENULISAN RM150

KELAS ASAS BLOG BISNES/PENULISAN RM180
KELAS ASAS BLOG BISNES/PENULISAN RM200


KELAS PENULISAN KREATIF

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!.


FAST ACTION, FAST RESULT.

Sertai kami di Akademi Bekerja Dari Rumah. Daftar salah satu kelas berikut:

1. Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik traffik ke blog.

2. Kelas online asas blog mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online - anda tiada produk dan berminat untuk menjual produk akademi bekerja di rumah?. Ini pakej yang sesuai untuk anda. Ia di datangkan sekali dengan kelas blog+e-book bonus+iklan soho directory+grup bimbingan.

6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho - kelas ini khusus untuk asas urus akaun bisnes anda. Belacajar secara online dengan guru bertauliah selama 3 jam. Nota+latihan diberikan. Perbincangan berterusan selepas kelas.

Kelas Asas Urus Akaun Bisnes. 
  • Memang sangat sesuai untuk peniaga yang baru bermula, atau mahu tahu di mana silap selama ini.
  • Memang sangat bagus untuk mencari punca ketirisan wang bisnes.
  • Sedar betapa pentingnya untuk merekod setiap urusniaga walau satu sen pun untuk mengira keuntungan kita nanti
APA YANG BAKAL DIPELAJARI?
Modul 1 & 2:
i. Bagaimana merekod buku simpan kira-kira.
ii. Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya
iii. Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
iv. Invois, cash, bil, resit, purchase order

SIAPA YANG MENGAJAR?
Trainer berpangalaman luas & memang dalam bidang akaun.

JADUAL TERKINI & TERDEKAT?

Hubungi saya di  FB https://www.facebook.com/messages/zahwanimn
atau sms/whatsapp 0136200432
atau emel nurzahwanimohdnor@gmail.com

untuk ketahui tarikh yang dicadangkan. Umumnya, setiap minggu hari Isnin dan Khamis jam 9.30-12.30 tengah hari. Namun, anda dinasihatkan menghubungi saya untuk maklumat lanjut.


BAGAIMANA KELAS DIJALANKAN?
Kelas dijalankan secara online melalui FB Group oleh trainer berpengalaman. Kelas dijalankan selama tiga jam dan pelajar perlu berada di hadapan PC sepanjang tempoh pengajaran. Kelas adalah dua hala walau pun secara maya. Pelajar boleh mengajukan soalan kepada trainer dan trainer akan menjawabnya.

Sediakan soalan secukupnya sebelum kelas kerana nota akan diberikan  sebelum kelas dan anda diberikan cukup masa untuk membacanya.

BERJAYAKAH TEKNIK SEBEGINI?
Kelas telah diadakan beberapa sessi dan Alhamdulillah, kami menerima maklum balas positif. Rata-rata peserta mengatakan kelas ini sebagai eye opener. Jadi, anda sangat digalakkan menyertainya.


APA KATA PELAJAR TERDAHULU?
Ini salah satu petikan ulasan dari pelajar yang mengikuti Kelas Asas Urus Akaun yang diadakan.

Sumber: http://zailamohamad.blogspot.com/2014/02/kenapa-pentingnya-untuk-urus-akaun.html


"Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis entri ini, tetapi lantaran kekangan masa saya terpaksa lupakan hasrat tersebut. Alhamdulillah, hari ini terasa ingin berkongsikan pengalaman memasuki kelas urus akaun bagi WAHM SOHO yang mahu baru bermula. Walaupun saya sudah bermula sejak 2009 lagi tetapi hanya serius di dalam menguruskan perniagaan online saya hanya selepas saya berhenti kerja iaitu pada tahun 2012. Jadi, memang sepatutnya saya belajar dengan lebih mendalam lagi tentang pengurusan akaun perniagaan yang saya jalankan ini.

Alhamdulillah, sejak mengetahui adanya kelas urus akaun yang ditawarkan di dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), hati memang teruja untuk menyertainya. Lantaran kelas yang dijalankan juga secara online sahaja sememangnya memudahkan bagi saya kerana tidak perlu keluar dari rumah untuk menghadiri kelas. Saya hanya perlu memilih hari di mana saya perlu berada di hadapan komputer untuk berinteraksi dengan instruktor yang sungguh baik melayan segala pertanyaan dari saya dan kawan-kawan.

Apa yang menarik di dalam kelas ini, kami (satu sesi kelas dihadkan kepada 5 orang) diberi penerangan tentang kepentingan menjaga aliran tunai supaya tidak berlaku kebocoran di mana kita tidak tahu duit hasil jualan kita hilang di mana. Oleh sebab itu, sangat penting untuk mempunyai rekod harian yang mencatatkan aliran masuk dan keluar duit hatta lima sen pun! Lagi satu, duit perniagaan jangan dicampur adukkan pula dengan duit peribadi. Kalau boleh gunakan akaun bank yang berasingan supaya nanti kita boleh menjejak kembali aliran tunai kita. Barulah tidak berlaku insiden "eh, mana pergi duit niaga aku??" (padahal sudah digunakan secara senyap-senyap untuk beli barangan keperluan peribadi kita:P)

Selain itu, kita juga akan diajar mengenai perkara asas untuk menguruskan akaun seperti mengenali invoice, resit, sebut harga (quotation), penyata bank dan juga baucer tunai. Dalam melakukan urusniaga secara online mahupun offline, 5 perkara di atas sangat penting untuk disimpan dan direkodkan bagi mengira keuntungan yang bakal kita jana hasil daripada setiap jualan yang terhasil. Jangan tak tahu, bekerja sendiri juga perlu disenaraikan beberapa kos seperti penggunaan elektrik, internet dan duit minyak untuk penghantaran barangan ke pejabat pos perlu direkod di dalam perbelanjaan bulanan juga. Apabila kita bijak menguruskan kewangan atau akaun perniagaan, setiap bulan bolehlah memberi ganjaran kepada diri sendiri berdasarkan keuntungan yang didapati. Ini juga dikenali sebagai "gaji" hasil daripada perniagaan yang kita usahakan. Jangan lupa juga untuk menyimpan dan lupakan sebagai hasil yang kita akan gunakan di hari tua nanti.

Saya rasa memang berbaloi-baloi untuk mengikuti kelas ini. Instruktor kami juga sangat baik dan meninggalkan kami no telefon beliau untuk dihubungi sekiranya ada sebarang kemusykilan. Jika berminat untuk mendaftarkan diri di dalam kelas urus akaun ini, boleh daftar melalui saya juga. Harga bagi setiap kelas adalah RM150 untuk 3 jam sesi bersama instruktor. Nota akan diberikan sebelum masuk kelas juga"


Baca lagi di sini--> Ulasan pelajar kelas akaun



ANDA INGIN MENYERTAI KELAS INI?

Hubungi saya dengan menghantar emel kepada nurzahwanimohdnor@gmail.com atau terus isi borang untuk mendaftar kelas ini http://bit.ly/borangtempah_booksetc. Anda juga boleh pm fb saya https://www.facebook.com/messages/zahwanimn


APA LAGI DI ABDR??

7. Tempahan blog bisnes/ blog penulisan-siap 3 hari
RM200
-5 label
-email, nama blog, penjenamaan blog
-borang tempahan
-10 gambar sahaja
BONUS
tiga ebook, salah satu asas blog
ruang iklan 1 tahun di sohodirectory bernilai RM100
 


8. Iklan di sohodirectory kami

    www.sohodirectory.blogspot.com

6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat terhad untuk 30 orang sahaja.

9. Projek Duit Raya (www.az-zahwansouq.blogspot.com)
Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada.



Apa kata mereka yang telah menyertai Akademi Bekerja Di rumah.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Alhamdulillah. Dengan izin Allah swt akhirnya pada tanggal 31hb Oktober, 2013 berjaya juga saya siapkan tugasan 44 artikel yang diberikan Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah, Puan Masayu Ahmad selepas berkayuh keras melawan arus selama 4 bulan. Ini antara cabang persediaan saya meninggalkan kerjaya tetap menuju kerjaya baru yang telah lama saya idamkan, WAHM (Working At Home Mom). Doakanlah semuanya berjalan lancar untuk saya. Saya bermula di kala kekangan kerja di pejabat sangat keras dengan pelbagai kes yang menuntut komitmen luar biasa dari saya. Namun fleksibiliti yang ditawarkan melalui kelas di bawah bumbung Akademi Bekerja Di Rumah ini amat memahami situasi tersebut. Tiada kelas formal secara offline yang perlu saya hadiri and tiada waktu tetap yang saya perlu dial-in (seperti phone call meeting atau conference call meeting). Ianya lebih kepada satu ikatan antara Mentor dan Mentee yang sentiasa bersama tak kira waktu, "coaching" akan diberikan berdasarkan senarai tugasan yang telah ditetapkan dalam setiap modul kelas yang telah dilanggani. Sangat mudah. Itu lah yang saya cari dan saya temui di Akademi Bekerja Di Rumah.

Bukan itu sahaja, sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat mutinasional yang mempunyai 80000 pekerja di seluruh dunia dengan pelbagai pendedahan yang saya dapat di tempat kerja saya, merantau dipelbagai pelusuk dunia, bukanlah mudah untuk seseorang atau sesuatu itu mendapat komitmen dan mengikat diri saya. Tetapi Puan Masayu Ahmad, Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah berjaya melakukannya. Idea dan konsep Akademi Bekerja Di Rumah itu sendiri telah menarik perhatian saya. Suatu idea dan konsep yang benar-benar di luar kotak (out of the box thinking). Memahami idea dan konsepnya sahaja telah membuat saya terpikat, belum lagi terlibat. Ianya suatu idea dan konsep bisnes yang sangat menarik. Suatu idea dan konsep bisnes yang tidak mementingkan diri sendiri. Suatu idea dan konsep bisnes yang win-win. Suatu idea dan konsep bisnes yang memenuhi tuntutan sosial dan mendidik anak bangsa. Suatu idea dan konsep bisnes yang menjana ekonomi para suri dan mereka-mereka yang terkapai-kapai di luar sana. 

Saya mula berkecimpung dalam arena blogging bermula 2hb Februari, 2009 tanpa sebarang asas dengan bahasa rojak, tanpa arah. Sekadar berkongsi minat saya dalam menghasilkan barang kemas buatan tangan (handmade jewelries) bersama-sama rakan-rakan dan seterusnya menjualnya melalui blog setelah ada yang berminat dengan melihat gambar-gambar kerjatangan saya melalui blog. Saya juga terlibat dengan kerja-kerja amal bersama NGO dan turut berkongsi melalui blog lama saya www.comeybelako.blogspot.com. Terasa benar kelainannya bila berguru dengan mereka yang pakar, betullah cakap orang-orang tua, "hendak belajar perlu berguru". Jika kita boleh belajar dari pengalaman orang lain kenapa kita perlu bersusah payah melalui kesakitan dengan menongkah arus tanpa hala tuju. 

Melalui Akademi Bekerja Dari Rumah juga saya dapat membina jaringan sosial secara percuma. Trafik ke blog yag dijana melalui Akademi Bekerja Di Rumah juga sangat hebat. Belum pun habis tugasan, saya sudah berjaya menarik lebih 3 ribu trafik. Dengan adanya jaringan sosial percuma secara tak langsung saya mendapat promosi percuma ke atas bisnes yang saya miliki. Apalagi yang penting selain modal sosial - itu yang dapat saya bina melalui blog ini. Selain berkongsi pengalaman pahit panis, saya juga membina reputasi. Masyarakat hanya mahu berbisnes dengan mereka yang punya reputasi positif samada dari segi personal atau profesional.

Berkajang kalau hendak saya senaraikan kebaikan yang saya perolehi melalui kelas yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah.


************************************************************************


Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage : Tuan Fadzilah Tuan Sulaiman
Sumber : http://tuanfadzilah.blogspot.com/2013/11/kaedah-penulisan-blog.html

Kaedah Penulisan Blog

Mutakhir ini, aktiviti menulis blog tidak lagi menjadi suatu perkara yang janggal. Masih lagi segar di dalam ingatan saya sekitar tahun 2008, saya langsung tidak pandai membuat blog. Pada masa itu saya mempunyai 3 orang rakan yang sudah mempunyai blog dan sedia mengajarkan ilmu blog secara teknikal. Akhirnya blog saya terhasil juga namun blog itu hanyalah sekadar blog pinggiran. Tiada matlamat jelas, jadi blog hanya sekadar pada url sahaja.

Sebenarnya membuat blog perniagaan atau blog peribadi secara individu adalah sangat mudah untuk dilakukan mengikut tutorial yang sudah disediakan. Anda tidak perlukan guru, apatah lagi perlu membayar yuran untuk menghasilkan blog percuma.



Namun apa yang anda perlu belajar dari guru berbanding belajar melalui kesilapan adalah jauh lebih berbaloi. Anda akan dibimbing untuk memastikan kandungan blog anda adalah kandungan yang mempunyai nilai tambah serta membawa manfaat serta diajar untuk hanya memilih aplikasi-aplikasi tertentu yang penting sahaja. Ada blog yang kita hasilkan penuh berinformatif namun pelawat tidak dapat akses ke blog disebabkan terlalu banyak gajet-gajet tambahan yang melambatkan proses loading blog kita. Tiada guna blog yang cantik dan sentiasa dikemaskini tetapi sekadar menjadi blog sampah dicarian google.

Alang-alang berblog, matlamat kita ialah bagi menjadikan blog kita sumber rujukan ramai dan blog yang diminati  kerana mempunyai pelbagai informasi. Sekurang-kurangnya ilmu yang bakal diperolehi oleh pelawat blog yang diamalkan itu boleh menjadi saham akhirat untuk kita. Sebagai peniaga pula, blog ini diharapkan agar dapat menghubungkan kita dengan rakan perniagaan dan juga pelanggan.

Bagi menghasilkan sebuah blog yang berkualiti tinggi dan mampu menjana pendapatan, adalah penting bagi kita untuk menulis blog berdasarkan ilmu. Carilah guru, rujuklah pada mereka yang pakar kerana masa kita adalah sangat berharga untuk dibazirkan pada sesuatu yang sia-sia. Saya sendiri pernah mempunyai blog sebelum ini namun akhirnya berkubur kerana menulis blog tanpa ilmu dan tiada matlamat yang jelas dan ilmu yang cukup mengenai penulisan blog.

 Sekali lagi,
buat persediaan diri, tempah dan daftar segera.
Sesungguhnya masa tidak pernah menunggu kita.

Hubungi Wani Mohd Nor 

1)SMS/WhatsApp: 0136200432 atau
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com



Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Nurzahwani Mohd Nor.

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn


3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts